Pada 18 Oktober 2009 berlangsung satu program iaitu Sayembara Puisi Dewan Bahasa dan Pustaka 2009 yang berlangsung di Gelanggang Seni Kota Bharu.
a clot of silence
a quiver in the bowels of the night
suddenly falls on to a mirror
sprinkling the fragrance of fragipani
to the earth around mother’s cemetery
my hands the soft silk
as though arranging velvet
reaching for Your heaven
that hushes all secrets
suddenly
my odorous and dirty face
kneels
at the door Your ears
then to say a million prayers
prayers of purity from sin
prayers of freedom from revenge
prayers full of regret
prayers that request a million
forgiveness.
(translated by MHS)
Suamiku
aku tak izinkan
kau membahagi ranjang
aku tak izinkan
kau membahagi malam
aku tak izinkan
kau membahagi pinggan
aku tak izinkan
kau membahagi tangga
Antara kita
kau mentari
akulah teriknya
kau lautan
akulah gelombangnya
kau bukit
akulah batunya
kau malam
akulah gelapnya
bukan puisi kehilangan kata
bukan gua kehilangan gelap
bukan sita kehilangan rama
antara kita
adalah
SATU!
Nukilan Moechtar Awang
Jawapan yang bertanya didengar Nabi
Antara kagum dan khusuk setiap ayatnya
Lereng gunung menjadi amat sunyi
Suara sajak tegas bergema
Disampai arah berkias maksud serentak
Tapi jelas intinya
Tidak sedetikpun Allah menghindar
Atau mencemuh Nabi di sisi segala didoa
Dipenuhi segala yang dipinta tulus dan
Penuh baraqah
Yatim ia tak berlindung
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
Awal begitu bergantung
Kini tidakkah merdeka
Bebas hidupnya.
Dato’ A. Samad Said
Sasterawan Negara
I
Telah kusiapkan
bibir putera-puteri
kumereguk susu di dadamu
bagai titisan embun pertama
dari pintu langit
lalu menyebarkan wangian sejuta bunga
dari taman syurga
dan lengkungan resah
yang terkumpul
di bawah mata putihmu
bagai gumpalan nafas fatimah
yang berdegup di atas kisaran
memungut roh-roh suci
dari para malaikat yang ribut membaca tasbih
dari kebun keibuanmui.
II
Isteriku,aku inginkan
kau lahirkan sejuta husayn
dari zuriatku
Hasil nukilan Moechtar Awang
(lidahmu
adalah seekor ular
yang melengkar
di rongga mulutmu
lalu mematuk
tubuhmu sendiri)
berkatalah dengan lidah mariam
yang mempertemukan kata
dari kebun syurga
bagai air dingin gunung
yang lembut dan hening
di hujung mataku.
bersuaralah dengan bahasa masyitah
yang berlegar di kabut batinmu
bagai suara malaikat
membawa iqra'lembut dan bening
lembut dan bening
lalu bermukimdi dadaku
suamimu.
Hasil nukilan Moechtar Awang